Open Table: Ana Ikan Bakar

Posted by redAIG

Kelibat aku lagi kat kedai ana ikan bakar tanjung lumpur Quan-Town(bukan nama sebenar) bersama crew-crew melanggar rutin senaman taf. Tetibe je member serumah bernama Torres (bukan nama sebenar) menawarkan diri untuk keluar modal RM100 pegi bantai ikan bakar semalam. So ape lagi, kelibat-kelibat kitorang yang lapo amik la peluang makan besar secara percuma tanpa menghiraukan isu taf-taf yang sedang digembar gemburkan sebelum ni.

Order punya order, borak punya borak tak sedar la pulak menu-menu yang di-order melangkaui bajet sedia ada. Time makan bukan main lagi borak-borak, dengan penglipur lara nya bukak citer dongeng sampai la satu saat yang kritikal. Iaitu saat kitorang mintak bil. Bayaran yang kene bayar adalah RM150 dan masa tu la sume mule tayang muka tak bersalah. haha..

Tapi ade sorang crew kite yang baek ati sponsor RM50 untuk bayar makan besar semalam. haha.. Napok, bila time nak bayar je suasana gemuruh sepanjang dinner bertukar menjadi suasana rumah berhantu. Diucapkan ribuan terima kasih kepada yang berkenaan kerana sudi berbelanja untuk dinner semalam..

So, kepada yang ingin makan ikan bakar lagi, kalo ade bajet lebih tu boleh la consider nak open table.. ekekeke.. Dapat la tengok muka tak bersalah aku dan sesetengah crew yang lain time nak bayar makan tu.. Walaupun gambar aku tak feature kat gambar yang ditayangkan diatas, aku pun di antara yang membaham ikan-ikan bakar semalam. Sebagai inisiatif untuk cover line, aku amik gambar bebudak laen jadi bukti.. haha..

PS: Selamat berseminar soft skill yang boring.. zzzzz

0 comments:

Post a Comment