Lame campus: The Revolution

Posted by redAIG


Aku nak kongsi sikit citer KK2 punye perjumpaan 2 minggu lepas. Sekiranya terdapat elemen sarkastik, sila ban atau ignore elemen-elemen tersebut. Tetamu kehormat meeting tersebut adalah Mr dekan HEPA kita yang baru dan beliau sangat-sangatlah sporting dan mesra pelajar. Jelas kelihatan student-student pun senang dan menyukai cara dekan baru tu. Beysela, siapa suke pemimpin yang layan mahasiswa cam budak-budak yang tak reti berfikir sendiri.

Sekiranya sebelum ini kita dikongkong secara tidak adil oleh pihak campus, kini kita boleh melangkah ke dunia revolusi UMP. Diucapkan ribuan terima kasih kepada yang memulakan revolusi ini iaitu Naib canselor kita yang dihormati. (respect is being given, not being asked for). Sarkastik lagi skali buat Pak guard kita yang dihormati.

Revolusi yang bakal kita nikmati (kalau cakap serupa bikin)

1) Pelajar kini boleh masuk ke kampus selepas jam 12 tengah malam. (sudah dilaksanakan tapi xtau berapa lama pak guard samseng bleh tahan)

2) Pengurus kolej kediaman nak bawak masuk kedai mamak 24 jam utk pelajar. (xla student kebulur sgt nak kuar tgk bola 2-3 pagi)

3) Dekan HEPA try proposed utk buat bistro kat KK2 untuk student2 chill out.. (student pun kene ade entertainment la bai..)

4) Aktiviti-aktiviti muzik seperti "battle of the band" kini diluluskan. (erkkk..)

5) Padang bola sepak akan di-upgradekan. (cm padang pasir)

6) Wireless internet dan hotspot yang meliputi seluruh area campus akan diadakan semula oleh pihak universiti. (projek start bulan 9 taun ni)

7) Dieorg nak buat sistem dobi bilik ke bilik or sistem kedai dobi.. So xla susah2 nak angkut baju jauh2..

Dan baru -baru ni telah diadakan rapat umum kafetaria KK1 & KK3 dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada pihak campus dan pihak kafetaria yang lapuk ditelan zaman. Siyes, makanan cam dalam penjara.

1 lagi problem: asal youtube kene block ekk?Penting pe youtube...

0 comments:

Post a Comment