EAC [Happy Ending]

Posted by EJ


KEPUTUSAN AKREDITASI UNTUK PROGRAM - PROGRAM DI FKEE & FKM (Lawatan Akreditasi pada 21 & 22 Julai 2008)

Perkara di atas dan surat pemakluman keputusan akreditasi bagi program-program di Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dengan segala segala hormatnya dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) telah bermesyuarat pada 13 Januari 2009 dan memaklumkan bahawa program-program kejuruteraan yang dijalankan oleh UMP seperti berikut telah mendapat pengiktirafan badan profesional:-

1. FKEE
a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan & Instrumentasi)

b) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa)

2. FKM
a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan
Automotif
b) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan
Pembuatan

Pihak Pusat Pembangunan & Jaminan Kualiti Akademik (PPJKA) dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam mendapatkan pengiktirafan ini.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

Sekian, harap maklum.

Yes.........!!!!!! Wohoooo!!!!!


ps: dan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang menyokong idea pengekalan course BEC... yeah...!!

1 comments:

  1. far.Ha.Na said...

    akhirnya...BEC dikitiraf..yea!!
    tp td aku g fakulti..akreditasi ni dpt kt senior..pe pun kite fight for BEC thn dpn..
    chayO2!!

Post a Comment