Dota: The Director's Cut

Posted by redAIG

Disebabkan 75% daripada gentlemen2 BEC Crewz merupakan Dotarian, aku bercadang untuk mengantoikan kegiatan haram korang di khalayak ramai. Ingin saje aku reveal nama-nama mereka yang bermain dota tapi bersyukurlah korang kerana aku xnk memanjangkan post ini.. haha..


Anda mesti bengang bile ultraman meng-add anda dalam conversation mengajak masuk seber dota. Si ultraman ni pun satu, ade ke patut add mereka2 yang langsung xde kene mengena ngan dota. Apatah lagi bebudak pompuan yang terpakse leave chat room dlm keadaan bengang dan blur. ekeke.. Tapi tidakkah anda tahu bahawa dota adalah satu game yang paling special/femes dan seringkali digelar sebagai "The Art of Mind Games".

Walaupun watak-watak dalam dota sangatlah hodoh dan tidak sempurna, setiap seekor daripada mereka semua mempunyai kelebihan yang complicated. Janganlah anda memandang serong kepada mereka yang bermain dota kerana pemain2 dota biasenye terdiri daripada mereka yang mempunyai kebolehan untuk berfikir dan memberi respon dengan pantas. Kelebihan untuk berfikir dan membuat lebih dari satu perkara dalam satu-satu masa. Kalo x percaya, try la main. Sebab tu budak-budak universiti sume main natam ni sebagai contoh UTM, UTP dan UM. Semuanya dari golongan yang berpendidikan dan selalunya yang terer-terer adalah budak2 cina.

Seorang player yang PRO perlu mengawal hero dan perlu peka dengan ancaman sekeliling. Mereka juga terpaksa mengawal 4 magic hotkey dan 6 ruangan clickable item dengan menggunakan numpad dan alphabet pad beserta dengan alternate key dan kawalan mouse. Tidak lupa juga dengan butang keypad 1,2,3,4,5 untuk kembali kepada hero mereka sekiranya terlepas kawalan. Mereka bukan sahaja perlu peka dengan visual dalam map utama tetapi perlu peka dengan minimap. So, cuba anda bayangkan betapa sensitifnya respon mereka-mereka yang bermain dota. Walaupun sensitif dengan persekitaran dan suasana dalam game, mereka tetap tidak sensitif dengan panggilan member2 mereka ataupun terdapat penjual yang sedang menjual dadih, hotdog dan sebagainya datang ke bilik bertanya kepada mereka. Selalunya mereka buat dono je..kejam.. zzzzz

Di sebalik kelebihan itu, terdapat juga kekurangan yang paranormal. Dota boleh berfungsi sebagai nikotin yang memberi addiction kepada penagihnya. So, kepada yang belum pandai bermain dota atau lebih lembut dengan panggilan NOOB, ada baiknya anda untuk tidak menjadi pro. Kerana someone selalu mengatakan "untuk menjadi pro dalam dota, ada harga yang perlu dibayar iaitu extend". Satu consequences yang sangat menggerunkan.

Kepada dotarian BEC, sila baca fakta menarik di Click kat Sini.. Wajib weyh..


2 comments:

  1. sayur pucuk said...

    wei ni sume agenda freemason dan illuminati.awas!!this is MIND CONTROL.. BEWARE..

  2. RubixMan said...

    Wuish...bahya nih...art of mind control...hahaha....jgn obses sgt suda...

Post a Comment